Ayah..

 Hmmm...jom baca hadis nie..tau x, hadis yg saya nk story kat korang nie penting sgt...nk tau baca la...ia berkaitan dengan seorang anak terhadap ayah...saya kongsikan kerana kita sebagai anak mestilah hargainya dengan penuh makna...


 My Lovely Dad...

AYAH...
Larangan ini berlaku untuk semua orang kecuali satu..



 Hanya seorang sahaja yang dibenarkan oleh Islam untuk meminta balik apa-apa yang telah dia berikan. Orang itu ialah ayah kita sendiri. Hadis di atas selengkapnya berbunyi, “Tidak dihalalkan bagi seseorang memberikan satu pemberian kemudian memintanya balik kecuali seorang ayah terhadap apa-apa yang telah diberikannya kepada anaknya.”
( Sahih Sunan al-Tirmizi, 1299)

“ Buruk siku!!” Demikian gelaran yang diberi kepada orang yang meminta kembali apa-apa yang sudah dia berikan. Dalam hukum islam, orang sebegini tidak cukup dengan gelaran ‘buruk siku’, tetapi dianggap melakukan sesuatu yang dilarang. Rasullullah s.a.w. menegaskan, “ Tidak dihalalkan bagi seseorang memberikan satu pemberian kemudian memintanya balik.” Berdasarkan hadis ini, tidak dihalalkan iaitu tidak dibolehkan bagi seseorang itu meminta apa-apa yang telah dia berikan kepada orang lain.
Hadis ini saya ungkaikan sebagai pendahuluan bagi menerangkan betapa tinggi dan utama kedudukan seorang ayah di dalam Islam. Hai ini adalah kerana, kita semua mengetahui tuntutan Islam untuk berbuat baik kepada ibu-bapa. Hanya yang perlu diketahui ialah sebesar mana tuntutan tersebut, agar dengan itu kita tahu di mana letaknya seorang ayah ketika menyusun ‘priority’ dalam kehidupan kita.

“HARTAMU, MILIK AYAH MU…”

Jika hadis di atas merujuk kepada sesuatu yang diberi oleh ayah kepada anak, maka hadis berikut pula merujuk kapada sesuatu yang sememangnya dimiliki oleh anak, lalu diminta oleh ayah. Hadis ini dimulai dengan pengaduan seseorang kepada Rasullullah, “ Wahai Rasullullah, saya memiliki harta dan anak, akan tetapi ayahku ingin menghabiskan harta aku”. Rasullullah s.a.w. menjawab, “ Kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu”.
(Sahih Sunan Ibn Majah, 2292)

Bagaimana pula jika ayah tidak meminta sesuatu milik anak tetapia anak mengetahbui ayahnya dalam suasana keperluan? Hadis berikut menjawab persoalan ini, “ Seorang anak belum membalas budi ayahnya sehingga dia mendapati ayahnya seperti seorang budak hamba, lalu dia membelinya dan memerdekakannya”.
(Sahih Sunan Ibn Majah, 3659)

→Demikian tiga buah hadis yang dapat saya kongsikan bagi menerangkan betapa tinggi dan utama kedudukan seorang ayah terhadap anaknya dalam Islam.


“HUKUM MEMUTUSKAN SILATURAHIM…”

Walaubagaimanapun, sayang sekali pada masa kini ada sebahagian anak-anak yang mengabaikan amal soleh dan berbuat baik kepada ayah mereka. Status yang sudah mencapai umur belia dianggap cukup bagi menyemat sikap’merdeka’ daripada seorang ayah. Bahkan, ada yang berani membenci dan memutuskan hubungan harmonis dengan ayah mereka. Padahal sikap membenci ini, Rasullullah mengingatkan, “ Janganlah kalian membenci ayah kalian. Sesiapa yang membenci ayahnya maka di kufur”.
(Sahih al- Bukhari, 6768)

Adapun sikap memutuskan hubungan harmonis, atau apa-apa yang dikenali dalam Islam sebagai silaturahim, maka padanya hanya kembali kepada anak itu sendiri di dunia dan di akhirat. Renungilah hadis berikut, “ Tidak ada dosa yang lebih layak untuk disegerakan hukumannya oleh Allah ke atsas pelakunya di dunia ini, disamping apa yang disimpan bagi pelakunya di Hari Akhirat melainkan perbuatan memberontak (terhadap pemimpin) dan memutuskan silaturahim.
(Sahih Sunan Abu Daud, 4902)

→Fokus kita terhadap hadis di atas ialah “…memutuskan silaturahim”, di mana pemutusan apakah yang lebih berat hukumnya melainkan hubungan seorang anak terhadap ayahnya?

0 Response to "Ayah.."