Sekiranya Pasangan Anda Berubah..



Bacalah sebagai panduan untuk akan datang....

Pertengkaran adalah lumrah dalam perkahwinan. Bermulanya rumah tangga bermakna anda perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang ada kalanya tidak dijangka.

Yang paling sukar adalah menyesuaikan diri dengan segala perubahan yang berlaku.Malahan pasangan yang sudah lama berkahwin pun masih belajar untuk menyesuaikan diri antara satu sama lain.Jangan sesekali menyangka bahawa anda sudah memahami pasangan anda hanya kerana tinggal serumah atau tidur sekatil dengannya.

Anda perlu sentiasa meneroka diri pasangan untuk memahami dirinya.Ini kerana manusia berubah dari semasa ke semasa. Oleh hal demikian, berusahalah memahami perubahan pasangan anda dan menyesuaikan diri dengan baik sepanjang perkahwinan anda.

Realitinya, setiap pasangan harus memahami bahawa perkahwinan adalah mencabar dan memerlukan komitmen yang tinggi sekiranya ingin berjaya.Anda perlu bersedia berkongsi segala suka dan duka dengan pasangan tidak kira siang atau malam juga atau tidur atau segalanya. Dalam proses berkenaan, mungkin anda akan stress kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik pada peringkat awal. Anda mungkin tidak boleh menyembunyikan perangai dan tabiat sebenar seperti ketika bercinta dulu.

Kini segala kebenaran akan terbongkar kerana selepas berkahwin segala kebaikan dan keburukan masing-masing akan dketahui.
Setelah mengetahuai kelemahan dan kelebihan masing-masing, anda mempunyai peluang untuk terus menambat hati pasangan dengan menggunakan segala kelebihan yang anda miliki.

RUPA SEBENAR.....

Menurut kajian sekiranya pasangan tidak dapat menerima diri masing-masing dalam tempoh enam hingga lapan bulan, kemungkinan mereka akan mengahadapi masalah untuk menyesuaikan diri sepanjang perkahwinan mereka.

Jangan sesekali beranggapan pasangan anda sudah berubah selepas berkahwin kerana jarang meluangkan masa bersama, bergurau senda atau menonton wayang bersama seperti dahulu. Sebenarnya pasangan anda tidak berubah sebaliknya dia menunjukkan personaliti sebenarnya dan kembali kepada realiti kehidupan sebenar. Anda juga harus ingat pandangan pasangan anda terhadap anda juga serupa.

Oleh itu terimalah perubahan ini dengan positif dan hadapinya dengan matang. Ingatlah sebenarnya anda berdua telah berubah daripada diri yang `terselinding’ kepada `terbuka’. Antara perubahan dan perbezaan yang perlu ditangani setelah berkahwin adalah:-

PERUBAHAN GAYA HIDUP
Biasanya apabila berkahwin anda tidak dapat menikmati kehidupan yang sama seperti sebelumnya dengan keluarga asal.Ini kerana tanggungjawab yang lebih utama adalah pembangunan keluarga sendiri. Secara tidak langsung terdapat perubahan cara hidup yang ketara. Contohnya isteri yang datang daripada keluarga berada perlu menyesuaiakan diri dengan kehidupan bersama suami yang berpendapatan rendah atau sederhana.

KEHADIRAN ANAK-ANAK
Ini adalah perubahan paling besar dalam hidup setiap pasangan. Anak-anak adalah penyeri rumah tangga dan tanpa mereka perkahwinan menjadi kurang bermakna. Pasangan perlu menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru ini disamping memerlukan kesabaran dalam menangani segala masalah agar menjadi ibu bapa yang baik dan hebat.

PERUBAHAN KAWAN-KAWAN
Setelah berkahwin, kawan-kawan juga berbeza. Jika sebelum berkahwin rakan-rakan kita adalah mereka yang bujang dan boleh melakukan apa sahaja sesuka hati. Namun setelah berumah tangga, status anda itu membataskan pergaulan dan biasanya kelompok kawan juga terdiri daripada mereka yang berkahwin. Secara tidak langsung topik perbincangan juga berubah kepada perkara berkaitan keluarga, anak-anak dan kerjaya.

0 Response to "Sekiranya Pasangan Anda Berubah.."