Bidadari..

 Bidadari syurga...sajak ni menceritakan tentang bidadari yang amat berharga...



Isteri yang solehah memang benar bidadari di dunia ini
Permata yang amat berharga
Hiasan yang amat menawan
Peneguh yang amat kukuh

Isteri yang solehah berbalut ilmu berselimut akhlak
Isteri yang solehah menembus kalbu
kerana semua yang dia lakukan berasal dari ketulusan hati,
dari keikhlasan jiwa

Isteri yang solehah adalah rezeki yang tidak ternilai dari Allah,
Yang menggenggam segala kemuliaan, pemberi segala kebahgiaan
Wahai kaum muslimin, pilihlah wanita solehah dengan mensolehkan dirimu
Wahai wanita solehah, jadilah bidadari dengan peribadi yang indah kerana Allah semata...
Renungkanlah wahai kawan-kawan!!!

0 Response to "Bidadari.."