Cinta Jarak Usia...



Hm...Wajar atau tidak seorang lelaki berusia 50-an bercinta dan merancang untuk berkahwin dengan seorang gadis muda berusia 20-an??


Hakikatnya situasi tersebut bukan lagi perkara luar biasa di dalam kelompok masyarakat kita kan? Bukan saja kisah lelaki berumur mengahwini gadis muda, sebaliknya kisah wanita berumur mengahwini lelaki muda pun sudah banyak terjadi.

Masih ingatkah dengan kisah seorang lelaki yang berusia 33 tahun telah mengahwini seorang wanita berusia 104 tahun yang disiarkan dalam akhbar yang lalu. Walaupun ramai yang memberikan tanggapan negatif, namun ada hikmah dan positifnya hubungan itu.

Jika jarak umur yang dipertikaikan, itu bukanlah masalah. Ini adalah kerana mereka tetap hidup bahagia dalam rumah tangga mereka itu. Usia, harta, pangkat dan paras rupa, semua itu bukan jaminan kebahagiaan di dalam sesebuah perkahwinan. Tunggak utama kebahagiaan rumah tangga adalah berpunca daripada keikhlasan pasangan suami isteri itu sendiri untuk membina sebuah keluarga yang dihiasi dengan perasaan mawaddah dan rahmat iaitu cinta dan kasih sayang.

Laksana segala Tanggungjawab…
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) ister-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) persaan kasih sayang serta belas kasihan. Sesungguhnya demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”. Surah al-Rum, 21.

Apabila keikhlasan di dalam berkasih sayang wujud, bererti setiap pasangan suami isteri akan berusaha melaksanakan segala tanggungjawab dan kewajipan yang telah ditetapkan justeru memberikan hak kepada yang berhak.

Jangan rasa pelik atau mempertikaikan keputusan seseorang yang bersedia menerima seseorang yang jauh lebih muda atau lebih berumur berbanding dirinya. Setipa individu mempunyai keinginan dan kehendak yang berbeza dan setiap mereka juga diberikan hak untuk memilih yang terbaik buat diri mereka sendiri.
Ada yang rasa bahagia apabila dimanjakan oleh pasangan yang lebih berumur dan ada yang rasa bangga apabila mampu memanjakan dan membelai pasangan yang lebih muda dengan penuh kasih sayang.

Terpulanglah kepada diri masing-masing.
Yang penting, niat yang ikhlas untuk menerima pasangan dengan seadanya. Kita ambil contoh pasangan ajaib tadi. Berpunca daripada keikhlasan untuk menjaga seorang warga tua dan bimbang menimbulkan fitnah di dalam masyarakat, lelaki yang muda sanggup menerima seorang wanita yang boleh dipanggil nenek, menjadi isterinya.

Jika kita lihat, pada permulaan kisah hidup pasangan itu, ramai yang melemparkan kata-kata fitnah kepada si isteri iaitu nenek tua ini sanggup bermadu dan membenarkan suaminya berkahwin dengan wanita yang lebih muda. Nyata, jika keikhlasan wujud di antara pasangan, semua itu tidak perlu. Mereka bahagia seperti pasangan lain yang berkahwin dengan usia sebaya.

0 Response to "Cinta Jarak Usia..."